Cara Tradisional :
Kaedah berkhatan tradisional biasanya dilakukan oleh Tok Mudim yang tidak menggunakan bius. Kebiasaannya, pesakit dikehendaki untuk berendam didalam air sejuk selama beberapa lama sebelum menjalani proses berkhatan untuk memberi rasa kebas.
Teknik ini menggunakan kelengkapan seperti pisau, gunting dan penyepit. Teknik ini adalah agak rumit kerana ianya memerlukan teknik jahitan bagi menjahit luka.Proses penjagaan selepas selesai berkhatan kaedah tradisional juga dikatakan sedikit rumit dan luka memakan masa lama untuk sembuh.Tapi cara tradisional ini sudah dikatakan lapuk ditelan zaman kerana banyak lagi kaedah yang lebih praktikal dan selamat
Kaedah Konvensional:
Kaedah konvensional yang paling popular pada masa ini ialah kaedah "Dorsal Klip" dan Laser
Dorsal Klip ialah cara setelah dibius, bahagian kulit yang menutupi zakar akan digunting dan dibuang sehingga ke belakang kepala zakar.
Laser pula ialah di mana kulit lebihan ditarik kehadapan dan disepit dengan penyepit atau forceps dan kulit tersebut dipotong menggunakan laser. Cara ini dapat mengurangkan pendarahan.